Misi Persatuan Bantuan Haiwan Prihatin Malaysia (PBHPM) Menyelamat KIKI
(KES KRITIKAL)
BERSAMA SELAMATKAN "KIKI" YANG DIGIGIT ANJING

KIKI yang ditemui di tepi jalan dalam keadaan amat lemah dan menyedihkan, dipercayai mengalami kecederaan parah pada kaki sehingga hancur akibat gigitan anjing liar.
Pemeriksaan lanjut oleh doktor mengesahkan bahawa kaki tersebut tidak lagi dapat diselamatkan. Lebih membimbangkan, KIKI turut disahkan menghidap jangkitan kulat Sporothrix schenckii (SPORO) yang serius.
Doktor mengesyorkan pembedahan dilakukan dengan kadar segera kerana dikhuatiri jangkitan kuman akan merebak ke tulang dan tisu sekeliling yang boleh mengancam nyawa. Kiki harus dimasukkan ke wad bagi rawatan intensif.

Hampir tiga bulan KIKI menjalani rawatan intensif, namun proses pemulihan kakinya masih memerlukan tempoh yang panjang.
Sepanjang tempoh tersebut, KIKI kekal di wad bagi menerima pemantauan rapi dan rawatan lanjutan, demi memastikan setiap langkah penyembuhan berjalan dengan sempurna.
Bantuan anda adalah talian hayat bagi KIKI !!
Anda boleh menyumbang menggunakan QR di bawah

___________________________________________________________________________________________________________________
Anda juga boleh menyumbang melalui sistem perbankan atas talian (FPX) di bawah