Misi Persatuan Bantuan Haiwan Prihatin Malaysia (PBHPM) Menyelamat "BENZ"
(KES KRITIKAL)
BERSAMA SELAMATKAN "BENZ"
(KAKINYA MUNGKIN DIPOTONG)

Benz ditemui menggigil kesejukan di bawah tong sampah, dalam hujan yang lebat. Tubuhnya kecil, baru 3 bulan mengenal dunia. Tetapi, dunia ini terlalu kejam untuknya. Kakinya hancur teruk, dipercayai dipijak kereta. Menurut Doktor, kakinya mungkin masih boleh diselamatkan, tetapi peluang amat tipis.
Bayangkan diri kita, kehilangan kaki di usia muda. Masa depan terasa panjang tapi samar, tak tahu bagaimana nak teruskan hidup, tak tahu bagaimana nak berdiri lagi. Itulah yang sedang dihadapi Benz sekarang. Lebih pedih, dia bersendirian, tiada ibu, tiada tempat berlindung, hanya harapan tipis dari insan yang sudi menyelamatkannya.
.jpg)
Benz telah menjalani rawatan awal, namun pemantauan rapi dan rawatan lanjut harus dilakukan dengan kadar segera untuk memastikan langka penyembuhan berjalan dengan sempurna.
Bantuan anda adalah talian hayat bagi BENZ !!
Anda boleh menyumbang menggunakan QR di bawah

___________________________________________________________________________________________________________________
Anda juga boleh menyumbang melalui sistem perbankan atas talian (FPX) di bawah